Cuba tengok gambar kat atas tu, comel kan? Comel, comel juga. Tapi bukan
itu yang kami ingin sampaikan dan kongsikan pada blog kali ini. Manusia
zaman sekarang ni, asyik berfikir je. Tapi tanpa mengambil apa-apa
tindakan. Kita asyik fikirkan boleh atau tak kita lakukan sesuatu
perkara. Akhirnya tidak membuahkan apa-apa hasil. Kita terlampau
memikirkan kemungkinan sesuatu perkara hinggakan kita tidak berbuat
apa-apa kerana takut akan kemungkinan yang mungkin atau tidak mungkin
menjadi nyata.
Kita kaitkan dengan persoalan pada gambar di atas, "Sesuai tak aku jadi
usahawan?". Perkara ini tidak sepatutnya menjadi persoalan. Jika kita
minat sesuatu perkara, cuba dahulu. Cari, kaji selidik dan timba segala
ilmu yang boleh tentang perkara yang kita minat itu. Jika tidak boleh,
cuba jari jalan penyelesaian dan kaji di mana silapnya serta cuba
perbetulkan kesilapan itu. Jangan sesekali berputus asa sebelum berusaha
dan mencuba yang termampu.
Begitulah sepatutnya tindakan yang diambil oleh seorang usahawan. Anda
perlu berusaha dahulu memulakan perniagaan anda. Timba ilmu dengan ahli
peniaga-peniaga lain yang berjaya. Jika tidak untung, kaji di mana
silapnya, kurang promosi, salah target market dan sebagainya. Perbaiki
kesilapan itu dan cuba lagi sehingga mendapat untung.
Kerana itulah, kami di Dazra Ventures & Consultancy menekankan
konsep perlunya ada ilmu dalam perniagaan. Kerana itulah kami memberikan
pelbagai perkhidmatan untuk menambah ilmu pernigaan anda. Buat
pengetahuan anda, "Core Business" kami ialah berkonsepkan Borong. Kami
berikan Seminar kepada pelanggan kami iaitu Seminar HBO. Di seminar ini,
kami mengajar peserta kami bagaiman untuk berborong di China, bagaimana
untuk promosi dan memperkenalkan lagi perniagaan mereka serta bagaimana
untuk membawa masuk produk mereka ke "Hypermarket". Kami membawa
pelanggan kami pergi Trip Borong bersama kami di China. Kami mengajar
mereka bagaimana dan di mana untuk mendapatkan barang untuk diborong
dengan harga yang murah, cantik dan berkualiti di China. Kami akan ajar
lengkap dari A sampai Z tentang ilmu berborong ini. Buat peniaga yang
tidak berkesempatan untuk pergi ke China, kami juga ada menyediakan
perkhidmatan Order Borong di mana peniaga boleh membeli barang secara
borong dari China untuk di jual di Malaysia. Begitulah bagaimana anda
tidak perlu berfikir sama anda sesuai atau tidak menjadi usahawan. Cuba
dahulu dan carilah ilmu bersama kami.
#SeminarBorongChina #SeminarHBO #TripBorongChina #OnlineMarketing #Dazra
#DazraVentures #TripBorongGuangzhao #TripBorongYiwu #TripBorongShenzhen
#OrderBorongChina
No comments:
Post a Comment