Wednesday, January 14, 2015

PENGINAPAN HOTEL DI GUANGZHOU

Hotel di Guangzhou

1)  Tidak semua hotel di China akan menerima orang asing untuk tinggal di Hotel. Pengusaha hotel 

     memerlukan lesen tertentu untuk menerima orang asing tinggal di Hotel mereka.

2)   Berikut adalah tempat tinggal yang dicadangkan.

a) Jinjiang Inn, Hanting dan 7 Days Inn
 Hotel ini kemas, bersih dan selamat. Mempunyai pekerja yang boleh berbahasa Inggeris.
 Terdapat kira-kira 27 cawangan di bandar Guangzhou.
 Harganya kira-kira ¥ 300 (RM 150) untuk bilik dengan 2 katil untuk 2 orang.
 Waktu check-in dan check-out adalah pada pukul 12.00 tengahari.
 Cawangan yang saya cadangkan adalah di hotel berdekatan Beijing Lu kerana hotel ini berdekatan   
   dengan kedai makanan muslim dan kawasan ini juga kawasan yang mempunyai ramai orang lalu-lalang.
   Juga berdekatan dengan Beijing Lu, sebuah jalan yang mempunyai konsep seolah-olah petaling street
   pada setiap malam.
 Kawasan ini juga tidak jauh dari plaza-plaza borong utama. 


Alamat Hotel yang dicadangkan

1)    The Jinjiang Inn address is:

   广州市越秀区解放北路锦江之星酒店中山纪念堂店,近解放北路与东风路交界处

2) 7days inn- beijing road branch:

  广州市 越秀区 北京南路左二巷内

3) San yuan li branch: tidak jauh dari plaza kasut

    广州市 白云区 桂花岗飞鹅西路15

   Tel020-26297688 Fax020-26297677  
  
4)    Beijing rd. branch

      广州市 越秀区 北京南路左二巷内

     Tel020-83230288 Fax020-83230299

5) Zhu jiang xin chen branch

    广州市 天河区 黄埔大道872 

6) Shenzhen Huaqiang bei branch

    (di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan plaza elektronik dan handphone)

    深圳市 福田区 华强南赛格苑1号楼

   Tel :0755-83648988

7) Di wang branch (berdekatan dengan bangunan tertinggi di Guangzhou)

    深圳市 罗湖区 红宝路39

     Tel :0755-22150688

** Untuk menempah hotel ini, anda perlu pergi terus ke Hotel tersebut. Jika anda perlukan tempahan awal, anda boleh menempahnya melalui internet, tetapi pilihan hanya terdapat dalam Bahasa Cina. Kami boleh membantu anda buat permulaan untuk menempah Hotel ini.

SELAMAT DATANG KE CHINA
JOM BORONG TERUS DARI SUMBER

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus


www.dazra.my

Tuesday, January 13, 2015

IMIGRESEN DAN KASTAM CHINA

1) IMIGRESEN DI CHINA

 Bagi pertama kali masuk ke China, paspot kita akan di periksa dengan teliti dan biasanya kita akan dipanggil 
    untuk sedikit soal-siasat. Ini proses biasa. Jangan panik.
 Jika ditanya apa-apa dalam bahasa Cina, hanya jawab sekadar “putong”. Jika ditanya dalam bahasa Inggeris,
    jawab soalan yang ditanya dengan tenang.
 Soalan yang biasa ditanya adalah,
a) Kenapa datang ke sini ? (jawab: untuk membeli belah atau untuk perniagaan)
b) Berapa ramai yang datang bersama ? (jawab: perkara benar)
c) Berapa hari akan tinggal di sini ? (jawab: yang benar, tarikh pulang seperti dalam tiket)
d) Tinggal di mana ? (jawab: 7 days inn atau Youth Hostel)
 Kadang kala akan terjadi salah faham kerana dalam paspot kita, tempat lahir akan ditulis nama negeri dan

    bukan Malaysia. Mereka akan bertanya, awak orang mana ? Kenapa awak lahir di KEDAH tetapi awak
        
   mempunyai paspot Malaysia ? (Jawab: Kedah adalah negeri dalam Malaysia, mereka mungkin tak faham.

   Ulang saja jawapan itu)

2) KASTAM DI CHINA

· Biasanya tidak ada masalah dengan kastam untuk masuk ke China.
 Jika mereka panggil sekalipun, bawa masuk beg dalam scanner.
 Jika diminta buka beg. Buka saja.
 Jika dia cakap apa-apa dalam bahasa Cina, jawab “putong” dan “Malaysia” saja.
 Biasanya respon yang diberikan kepada Malaysia adalah sangat baik dan biasakan          
    memberi ucapan “Ni hao” dan bersenyum.
 Had wang yang dibenarkan adalah RM10,000 atau 20,000 yuan.

SERTAI KAMI JOM BORONG TERUS DARI SUMBER.

SELAMAT DATANG KE CHINA.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my



Monday, January 12, 2015

PADA HARI BERTOLAK DAN TIBA DI CHINA

Senarai Semak pada hari bertolak

ü Paspot beserta visa yang masih hidup.
ü Pakaian tebal jika anda pergi pada musim sejuk (sekurang-kurangnya sehelai).
ü Duit yang telah ditukar ke RMB (¥) atau USD.
ü Nota alamat-alamat plaza-plaza. (di akhir buku)
ü Beberapa bungkusan makanan segera seperti Mee Segera sebagai makanan sewaktu perlu.
ü Alamat kedutaan Malaysia di China.
ü Pastikan anda mendaftar masuk (check-in) kira-kira 3 jam sebelum waktu bertolak. (Pastikan airport 
       LCCT adalah bukan KLIA untuk penerbangan AirAsia)

Setibanya di China

Dibawah ini akan saya terangkan bagaimana untuk ke kota Guangzhou apabila sudah tiba di lapangan terbang.

Guangzhou

 Setelah turun di Lapangan Terbang Guangzhou, anda boleh menaiki bas untuk terus ke bandar Guangzhou.
 Tambang bas ini adalah ¥ 20 (RM10) dan memakan masa kira-kira 45 minit hingga sejam untuk sampai ke 
    hotel-hotel terkemuka. Bas ini bertolak seawal 7 pagi sehingga penerbangan terakhir pada waktu malam.
 Jika anda ingin menaiki teksi, harganya tidak lebih dari ¥ 120 (RM 60) termasuk harga tol untuk sampai ke 
    bandar Guangzhou. Kaedah ini digalakkan jika anda bergerak 3-4 orang.
 Buat permulaan, jadikan Jinjiang Inn Hotel sebagai “Landmark” untuk kita mudah bergerak ke mana-mana. 
    Kawasan ini agak selamat dan ramai orang asing di tempat ini.

SERTAI KAMI TRIP MEMBORONG KE CHINA.

TRIP BORONG TERUS DARI SUMBER.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my



Friday, January 9, 2015

TIKET PENERBANGAN KE CHINA

1. Terdapat kira-kira 4 jalan utama untuk ke bandar Guangzhou iaitu melalui Lapangan Terbang      
    Guangzhou, Shenzhen, Hong Kong dan Macau.

2. Terdapat beberapa penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ini antaranya ialah Air Asia, 
    Malaysian Airlines, Cathay Pacific, China Southern Airlines dan Thai Airways.

3. Manakala penerbangan lain sekitar RM 1800. Kelebihan penerbangan selain Air Asia adalah 
    kerana ianya lebih fleksible dan anda boleh buat sebarang perubahan jika perlu. 

PENERBANGAN
HARGA ANGGARAN
Air Asia
RM 500-1400
Malaysia Airlines
RM 1100-2000
China Sounthern Airlines
RM 1000-1900
Cathay Pacific
RM 1300-2000

4. Bagi peniaga kecil, Air Asia mungkin satu pilihan yang terbaik kerana lebih murah dan mudah
    untuk menempahnya melalui internet.

Sertai kami TRIP BORONG TERUS DARI SUMBER

SELAMAT MEMBORONG KE CHINA
 
============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

Thursday, January 8, 2015

URUSAN PASPORT DAN VISA

PASPORT


Visa
1. Bagi rakyat Malaysia melawat ke China atas apa-apa sebab seperti pelancongan atau perniagaan, visa  
    perlu dimohon daripada Malaysia.
2. “Visa on Arrival” tidak diberikan kepada rakyat Malaysia. (Walaupun terdapat cara untuk mendapatkan 
     visa ini, tetapi masih dinasihatkan pelawat memohon visa ini dari Malaysia)
3. Jenis-jenis visa beserta harga (harga mungkin berubah tanpa sebarang notis awal). Semua permohonan 
   akan memakan masa 4 hari bekerja.

ENTRY
RM (harga kedutaan)
Single
85
Double
105
Multiple (6 bulan)
135
Multiple (12 bulan)
175

4. Untuk permohonan pantas untuk 3 hari bekerja.
ENTRY
RM (harga kedutaan)
Single
230
Double
250
Multiple (6 bulan)
280
Multiple (12 bulan)
320

5. Untuk permohonan pantas untuk 1 atau 2 hari bekerja.
ENTRY
RM (harga kedutaan)
single
310
Double
330
Multiple (6 bulan)
360
Multiple (12 bulan)
400

Untuk permohonan kali pertama, hanya visa single entry atau double entry yang akan diberikan.

7. Untuk memohon visa multiple entry, pemohon perlu menyediakan surat tawaran dari syarikat tempat 
    kerja pemohon itu sendiri yang menyatakan pemohon akan pergi ke China untuk urusan perniagaan. Visa
    multiple entry mempunyai tempoh 6 bulan dan 12 bulan. Harga mungkin berbeza untuk setiap jenis visa 
    multiple entry ini.

8. Syarat-syarat permohonan.
a) Pemohon boleh memohon sendiri atau menghantar wakil untuk memohon.
b) Pemohonan melalui pos tidak diterima.

9. Dokumen yang diperlukan untuk memohon visa :
a) 2 keping gambar bersaiz pasport
b) Borang permohonan
c) Resit booking bilik / hotel
d) Tiket penerbangan

10. Anda boleh menghantar sendiri permohonan ini kepada kedutaan. Maklumat kedutaan adalah seperti 
    dibawah.
a) Alamat: Consular Office of the Embassy of the People's Republic of China in Malaysia 1st Floor, Plaza 
    
   OSK, 25 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

b) Tel: (006)03-21636815 (Ext: 102, 103, 104, 105, 106),21636814
c) Fax: (006)03-21636809
d) Waktu Pejabat: 9:00 am hingga 3.00 pm hari Isnin hingga Jumaat (kecuali pada hari cuti umum).
e) Waktu kutipan pasport biasanya ditetapkan pada 9.00 am hingga 4.00 pm

11. Contoh Visa adalah seperti dibawah. 

 Trip Borong ke China

12. Apa perlu anda buat jika anda terlajak (over-stay) tinggal di China. Jangan cuba untuk keluar dari China 
      pada waktu itu. Sila hubungi kedutaan Malaysia di Guangzhou dan minta nasihat dari mereka. Biasanya 
      mereka akan meminta kita untuk pergi ke Pejabat Polis Imigresen di Guangzhou untuk memohon 
      tambahan visa. Ini akan memakan masa 7 hari untuk disiapkan dan dalam tempoh itu anda tidak akan 
      mempunyai paspot. Hanya over-stay kali pertama akan dimaafkan dengan cara ini.

13. Maklumat kedutaan Malaysia di China:-
a. Consulate General of Malaysia in Guangzhou
    1912-1918, 19th Floor, CITIC Plaza,
    233 Tian He Bei Road, Tian He District,
    Guangzhou 510610, Guangdong, China
    Tel: 8620 3877 0763, Fax: 8620 3877 0769

Sertai kami ke TRIP JOM BORONG TERUS DARI SUMBER

*KELEBIHAN KAMI*
·         MENDAPAT LIPUTAN DARI MEDIA MASSA (NONA TV3, KOSMO, UTUSAN, METRO)
·         MENJALIN KERJASAMA BERSAMA DPMM DAN MARA
·         TRIP MEMBORONG SAMBIL MELANCONG
·         TRIP BORONG KE CHINA DIKENDALIKAN SEPENUHNYA OLEH PENGARAH DAZRA SENDIRI

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Emel: bizramdan@gmail.com
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus


www.dazra.my

Wednesday, January 7, 2015

CUACA DI GUANGZHOU, CHINA

1. China adalah negara yang mempunyai empat musim.

2. Sila lihat rajah dibawah untuk mengkaji suhu dan cuaca di Guangzhou sepanjang tahun.


3. Peringatan: Jika anda pergi pada bulan December hinga Mac, pastikan anda membawa pakaian tebal
    sekurang-kurangnya untuk hari yang pertama. Pada hari pertama itu anda boleh membeli pakaian tebal 
    yang sesuai jika perlu.

4. Pada bulan-bulan lain cuacanya adalah lebih kurang cuaca di negara kita.

5. Berdasarkan rajah di atas kita juga dapat mengetahui bahawa cuaca pada bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos
   terdapat banyak hujan yang turun. Namun ini bukan masalah yang besar. (sama seperti di negara kita)

Trip Memborong ke China akan membawa anda merasai cuaca di atas.

Tuesday, January 6, 2015

BENTUK WANG CHINA


 Trip Memborong ke China

Ini adalah antara bentuk mata wang China. Apabila berkunjung ke sana kita akan menghadapi masalah untuk membezakan wang palsu di negara tersebut. Untuk mengetahui anda perlu gosok di bahagian kanan wang tersebut ia akan timbul satu garisan. Oleh itu, anda haruslah berjaga-jaga supaya anda tidak di tipu ketika berkunjung ke China.
SELAMAT MEMBORONG KE CHINA